Iddah wanita kematian suami

Soalan :
Bolehkah ustaz jelaskan hukum berkenaan tempoh masa iddah bagi wanita yang telah putus haid yang kematian suaminya. Ada orang kata hukum dia bukan empat bulan sepuluh hari. Benarkah? Atau ada pendapat lain berkenaan hal ini?
.
Jawapan :
Allah Taala telah menjelaskan dalam al-Qur’an berkenaan iddah dengan terang. Disebutkan dalam al-Qur’an empat jenis iddah. (Ibn al-Qayyim, Zad al-Ma’ad, 5/594) :
Pertama : Iddah wanita hamil ialah dengan melahirkan bayinya. Tidak kira sama ada talak tersebut talak ba’in atau raj’iyy, bercerai ketika hidup atau disebabkan mati suaminya. Firman Allah Taala (al-Talaq : 4). Ayat ini adalah umum dari tiga sudut. Sudut wanita yang diceritakan iaitu wanita hamil. Maka ia merangkumi semua wanita yang hamil. Kedua, umum dari segi tempoh kerana ayat tersebut menyandarkan lafaz ajal (tempoh) kepada damir (hunna) maka idafat isim jamak kepada makrifah memberi makna umum. Ketiga ialah, ia umum kerana mubtada’ dan khabar adalah makrifah.
Kedua : Iddah wanita masih mempunyai haid iaitu tiga quru’. Firman Allah Taala (al-Baqarah 228). Berlaku khilaf sama ada quru’ itu bermaksud suci atau haid.
Ketiga : Iddah wanita yang tidak mempunyai haid sama ada masih kecil atau telah putus haid iaitu selama tiga bulan. Firman Allah Taala (al-Talaq : 4).
Keempat : Iddah wanita yang kematian suaminya. Firman Allah Taala (al-Baqarah : 234). Termasuk wanita yang telah dijimak atau belum dijimak, dan juga yang masih kecil atau telah putus haid. Manakala wanita yang hamil, ia mengambil iddah yang pertama iaitu iddah sehingga melahirkan bayinya.

12 responses to “Iddah wanita kematian suami

  1. ustaz, jika seorang wanita hamil kematian suaminya, dan dia melahirkan anaknya sejurus selepas kematian suaminya, adakah iddahnya telah tamat tempoh disebabkan kelahiran itu? ataukah iddahnya masih 4 bulan 10 hari?

  2. Ya, iddahnya ialah selepas bayi dilahirkan

  3. Mungkin boleh membantu, jika keguguran seorang wanita hamil, sebelum cukup 9 bulan; maka apakah dengan itu, secara otomatik iddahnya selesai, atau bagaimana? Kerana ulamak hanya mengatakan tentang kelahiran bayi itu (normalnya 9 bulan).

  4. adakah wanita yg telah tamat iddahnya kerana melahirkan anak sejurus selepas kematian suaminya, tidak dibenarkan memandikan dan melihat aurat mayat suaminya?

  5. salam ust…saya ada blaja pasal iddah pmpn hamil yang mati suaminya..tapi disana ada dua qaul.. yang pertama mengatakan bahawa sampai lahir bayi.. yang kedua tgk tmpoh ab’ada ajalain.. boleh ust terangkan x?

    • Terima kasih atas soalan,
      pertama sekali pendapat yang mengatakan ab’ad al-ajalain (tempoh paling lama) merupakan iddah wanita hamil ialah pandangan syaz yang diriwayatkan dari sebahagian ulama salaf. Namun pandangan ini tidak dipegang kerana ia mukhalafah dengan al-Quran dan Hadis Nabawi.
      Wallahualam

  6. Terjemahan Sahih Muslim

    Kitab : KITAB CERAI

    Bab : Bab Berakhirnya Tempoh Idah Perempuan Yang Kematian Suami Dan Selain Daripadanya Ialah Dengan Melahirkan Anak

    2728. Hadis Subai’ah r.a:
    Umar bin Abdullah telah mengutus surat kepada Abdullah bin Utbah menceritakan bahawa Subai’ah memberitahu: Sesungguhnya Subai’ah adalah isteri Saad bin Khaulah dari Bani Amir bin Lu’ay. Dia salah seorang yang turut serta dalam peperangan Badar. Suaminya meninggal ketika Haji Wida’, pada saat itu dia sedang hamil. Setelah kematian suaminya, tidak berapa lama kemudian dia melahirkan. Ketika dia sudah merasa sihat dan suci dari nifas, dia berdandan dan menemui Umar bin Al-Khattab. Kebetulan pada waktu itu seorang lelaki dari Bani Abdul Dar bernama Abu Sanabil bin Ba’kak berada di sana. Lelaki itu berkata kepada Subai’ah: Aku lihat kamu sudah berdandan, barangkali kamu ingin berkahwin lagi? Demi Allah! Sesungguhnya kamu tidak boleh berkahwin sehingga kamu menjalani tempoh idahmu selama empat bulan sepuluh hari. Subai’ah berkata: Ketika mendengar ucapan lelaki itu, aku segera mengumpulkan pakaianku dan aku menemui Rasulullah s.a.w untuk menanyakan masalah tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w memberikan fatwa kepadaku dengan sabdanya: Bahawa tempoh idahku sudah berakhir dengan kelahiran anak. Baginda menyuruhku supaya berkahwin lagi jika aku mahu.

  7. Mak saya mahu mengerjakan umrah pada minggu depan 10/4/12.ayah saya baru meninggal dunia pada 25/3/12.adakah edah pada wanita ya sudah putus haid.apakah boleh mak sy pergi umrah sebab dah lama booking.mohon penjelasan.terima kasih tuan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s