Zakat kepada bukan Islam

Akhir-akhir ini banyak orang memperkatakan berkenaan isu memberi zakat kepada orang bukan Islam. Saya amat tertarik dengan artikel sahabat saya, Sheikh Abu Umair al-Madani dalam blognya yang menjelaskan hukum berkenaan isu ini secara ringkas dan padat disertakan dengan hujah dan dalil-dalil.
Untuk menyokong artikel berkenaan saya nukilkan di sini keputusan atau Qarar Majmak al-Fiqh al-Islamiyy al-Dawliyy dalam persidangan ke-18 di Putrajaya 24-29 Jamadilakhir 1428 bersamaan 9-14 Julai 2007 tentang menggerakkan peranan zakat dalam membasmi kemiskinan dan pentadbiran, pengumpulan serta agihan zakat berdasarkan ijtihad fiqh. Antara qarar tersebut yang menerangkan hukum-hukum berkenaan muallaf adalah seperti berikut :
a. Bahagian golongan muallaf masih kekal selama mana kehidupan ini kekal. Ia tidak akan gugur dan tidak akan dinasakhkan. Ia mengikut keperluan (hajat) dan maslahah. Apabila wujud maslahah atau dituntut oleh keperluan, maka bahagian ini perlu diamalkan.
b. Harus member I zakat untuk menjinakkan hati-hati orang yang baru memeluk Islam untuk mengukuhkan iman mereka serta sebagai ganti rugi kepada apa yang mereka telah kehilangan. Begitu juga harus memberi zakat kepada orang kafir yang diharapkan keislaman mereka atau untuk menghalang kejahatannya terhadap orang Islam.
c. Harus memberi pertolongan daripada harta zakat kepada golongan (mankubin) ditiimpa musibah dari kalangan bukan Islam di tempat-tempat bencana, gempa bumi, banjir dan kawasan kebuluran untuk menjinakkan hati mereka.
Berdasarkan kepada keputusan di atas, dapat kita simpulkan bahawa agihan zakat yang berhubungkait dengan golongan muallaf adalah masih kekal. Agihan ini berpandukan kepada hajat dan maslahah. Keharusan memberi zakat kepada orang bukan Islam adalah dengan tujuan-tujuan yang membawa kepada kebaikan Islam :
– Diharapkan mereka akan memeluk Islam
– Menghalang kejahatan mereka kepada orang Islam (jika ada kejahatan)
– Menjinakkan hati mereka.
Wallahualam.

One response to “Zakat kepada bukan Islam

  1. penjelasan yang baik. harap dapat ke kelas esok, ajar teratak fitrah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s