Islam penyelamat ekonomi

Boleh dikatakan semua kesatuan ulama sedunia dan pertubuhan persidangan Islam menyeru agar diadakan satu persidangan antarabangsa khusus bagi membincangkan sudut pandang Syariah Islam dalam menangani krisis kewangan antarabangsa. Mereka menegaskan bahawa ekonomi Islam apabila diaplikasikan, ia mampu menghalang ekonomi terjebak dalam krisis seperti ini. Hal ini kerana sistem ekonomi Islam mengharamkan riba dan spekulasi yang menjadi aktiviti harian bank-bank dunia hari ini.

Dr. Ali al-Qurah Daghi, ketua Lajnah Isu-isu dan Minoriti Islam, Kesatuan Ulama Islam Sedunia menegaskan : “Tidak tersembunyi lagi bahawa apa yang berlaku di Amerika dan dunia kapitalis hari ini ialah kemelut kewangan yang dinamakan oleh segelintir pemimpin dunia sebagai krisis akhlak ekonomi dan ada yang menamakannya sebagai keruntuhan ekonomi kapitalis.

Beliau menambah lagi bahawa berdasarkan krisis ini, kerajaan Islam dan Institusi kewangan terutamanya Institusi kewangan Islam, persatuan dan pertubuhan berkaitan kewangan ada diseru agar mengadakan satu seminar antarabangsa bagi membincangka isu krisis ini.

Seminar tersebut juga akan membincangkan cadangan menghadiahkan penyelesaian ekonomi secara Islam kepada barat kerana ekonomi Islam adalah ekonomi yang seimbang dengan mengambil kira hak-hak individu, masyarakat dan negara. Ia merupakan sistem yang pertengahan antara kapitalis dan komunis. Sistem ekonomi Islam merupakan satu-satunya harapan selepas kejatuhan ekonomi komunis dan kepincangan ekonomi kapitalis bahkan diambang kejatuhannya.

Dalam penjelasakan tersebut, ada kenyataan-kenyataan pakar ekonomi barat yang turut menegaskan bahawa krisis kewangan hanya boleh dirawat melalui kewangan Islam dan ekonomi Islam.

Menteri Kewangan Britian, Alistair Darling berkata : “Tidak mungkin merawat kelemahan keseimbangan ekonomi tanpa inflasi atau pengangguran dan juga tanpa bantuan sukuk Islam”. Hal ini kerana punca keruntuhan kewangan yang menyebabkan kejatuhan berjuta-juta atau trilion dolar Amerika ialah ekonomi yang berasaskan riba. Allah Taala berfirman :
Maksudnya : “Allah susutkan (kebaikan harta Yang dijalankan Dengan mengambil) riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta Yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang kekal terus Dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa”.

Pasaran kewangan dan takaful Amerika hari ini menyaksikan keruntuhan sejak bulan lepas selepas kejatuhan bank atau institusi kewangan keempat terbesar di Amerika, Lehman Brothers. Kebankrapan Lehman Brothers dan lain-lain institusi kewangan atau syarikat hartanah gergasi membawa kesan buruk kepada pasaran wang dunia berada dalam kemelut yang disifatkan sebagai terburuk sejak kemelesetan yang melanda 30 abad lalu.

Dipetik daripada :
http://www.islamtoday.net/albasheer/show_articles_content.cfm?id=72&catid=79&artid=14416

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s