Hukum Main Kutu

Fatwa Sheikh Abdullah bin Jabarain tentang Kutu

Soalan :

Kami empat atau tiga orang ingin main kutu iaitu kami mengumpul sejumlah wang yang sama kadarnya di mana setiap orang perlu membayar kadar yang sama setiap bulan. Kemudian salah seorang akan mengambil wang tersebut secara giliran. Adakah ini harus atau tidak?

Jawapan :

Ia adalah harus. Ini dianggap hukum qard (pinjaman) yang diharuskan kerana ada matlamat memudahkan kepada peminjamn yang pertama. Ia dapat mengelakkannya daripada hutang dan membolehkannya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kemudian dia akan membayarnya kembali secara ansuran bulanan, maka hukumnya adalah harus. Telah ada fatwa yang dikeluarkan oleh Lembaga Ulama Besar Arab Saudi berkenaan keharusannya sekiranya tiada darar (mudarat) kepada sesiapa dan selama mana ia tidak termasuk dalam qard (pinjaman) yang memberi manfaat. Wallahualam.

Ulasan : Oleh itu, kutu adalah harus dengan syarat :

1) Tiada mudarat kepada sesiapa

2) Tidak berbentuk qard bi al-fa’idah (pinjaman yang ada faedah tambahan).

5 responses to “Hukum Main Kutu

  1. betul ke kalau main kutu. cabutan nombor hukumnya haram

  2. Terima kasih kepada akhi faizal,
    Soalan anda berkenaan cabutan nombor (giliran).
    Secara asasnya, (sebagaimana yang difahami dari soalan) tiada sebab mengapa asas main kutu perlu diharamkan kerana sebab ada cabutan nombor.

    Cabutan atau undi nombor dalam Islam ada asasnya iaitu dibincangkan dalam bab al-Qur’ah. Maka hukumnya adalah harus. Cuma lebih elok ditentukan dari awal lagi, giliran mereka yang menerima wang setiap bulan.

    Fatwa kutu yang saya nukilkan itu adalah jika dilihat secara asas permainan tersebut. Mungkin dari sudut Undang-Undang sesebuah negara ia tidak dibolehkan.
    Wallahualam

  3. Ustaz,
    ana pernah dengar daripada seorang alim – ana lupa namanya – ttg hukum kutu. katanya haram kerana hutang yg disyaratkan dgn hutang seterusnya.

    bgmana menjawab perkataan ni?

    • Saya kurang jelas maksud hutang yang disyaratkan hutang seterusnya..Sebenarnya kutu ni satu hutang (pinjaman duit). Ini kerana anda cuma membayar balik duit tersebut secara ansuran…Boleh saudara jelaskan lagi persoalan saudara?

  4. Assalamu’alaikum ustaz,

    Saya mempunyai persoalan tentang status halal perniagaan yang sedang saya jalankan.

    saya menjalankan satu bisnes penjualan lot/tapak iklan online. syarikat yang menguruskan tapak iklan tersebut adalah Ezey Concept Sdn. Bhd. di laman portal iklan mereka http://www.myiklanhub.com.

    manakala ejen pemasaran bagi penjualan lot/tapak2 kosong utk diiklankan dalam portal tersebut adalah Ezey Marketing (001961614-A).

    Saya adalah ahli berdaftar kepada Ezey Marketing dan membeli sejumlah tapak iklan dengan harga Rm60/tapak. Tempoh masa (validity) bagi tapak tersebut adalah 30hari selepas itu Ejen akan membantu saya mejualkan tapak tersbut dan akan memberikan saya semula modal saya bersama untung 50%. perniagaan tersbut berterusan setiap bulan dengan saya membeli tapak2 iklan secara pukal dan ejen akan menjualkan bagi pihak saya.

    konsep bisnes:

    Saya membeli Kasut dari pemborong dengan harga Rm50 dan meletakkan kasut tersbut dikedai AH CONG selapas 30hari kasut itu telah dijual dengan harga RM100. Ahcong memberikan saya RM75 (Modal asal + untung 50%). setiap bulan saya akan membeli kasut dan meletakkan kasut itu di kedai Ah Cong.

    perniagaan online saya berkonsepkan sedemikian.

    Saya sebagai Ahli Ezey Marketing. Lot/tapak iklan akan dibeli Rm60/tapak. selepas itu dijualkan di http://www.myiklanhub.com selepas sebulan. syarikat akan memberikan saya pulangan modal + 50% keuntungan (untung runcit). jika stok(tapak iklan) saya habis, saya akan membeli stok (tapak iklan) baru dan memasarkannya. begitulah seterusnya.

    bisnes ini juga telus dan jelas. tiada unsur penipuan & kedua2 pihak redha & bersetuju dengan relahati terhadap pembahagian untung tersebut.

    ruangan/tapak iklan tersebut diwujudkan utk mereka2 yang ingin mengiklankan produk/bisnes mereka di internet. syarikat tidak akan mengiklankan iklan2 yang berunsur lucah atau apa sahaja yang melanggar undang2.

    Selain itu, syarikat juga memberikan saya komisen sekiranya saya membantu mereka memasarkan produk mereka iaitu 8%-18% bergantung pada jualan lot (tidak fixed) dan tiada unsur Multi-level.

    Adakah hasil keuntungan dan komisen yg saya perolehi halal?

    Mohon mendapat jawapan dari ustaz.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s