Islam dan konvensional sama?

“Sama saja, Islamic atau konvensional, yang beza akad je” kata-kata seorang staff sebuah bank di Cheras. Dalam hati saya rasa nak membalas balik dengan sindiran pedas, “sama ke kalau kita kawin atau tak kawin, semuanya dapat anak”? atau “sama ke kalau kita makan ayam disembelih dengan ayam yang ditembak?

Beginilah kelemahan kerani-kerani bank di tanahair kita. Saya maksudkan kerani yang beragama Islam. Pengalaman semalam ketika saya berurusan dengan mereka untuk mendapat pembiayaan kereta membuatkan saya terfikir sekali lagi betapa lemahnya pemahaman dan pemikiran masyarakat Islam berkenaan perbankan Islam. Tanggapan mereka, bank Islam atau bukan Islam adalah sama sahaja. Apakah kita boleh menyamakan antara Islam dan kufur? Adakah sama antara riba dan jual beli? Orang yang menyamakan antara riba dan jual beli telah disifatkan oleh Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah : 275. Firman Allah s.w.t :

 

Maksudnya : “Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba”.

 

            Tanggapan dan sikap masyarakat perlu diperbetulkan dari sekarang. Bagaimana kita mahu memajukan perbankan Islam kalau orang Islam sendiri yang mengatakan sama antara perbankan Islam dengan konvensional. Mereka tidak mengutamakan perbankan Islam. Sudah 2 minggu saya menanti kelulusan pihak bank untuk meluluskan pembiayaan bagi pembelian kereta. Tiba-tiba semalam, mereka tersalah meluluskan pembiayaan konvensional. Bila saya kata saya nak kepada Islamic, jawapan yang terkeluar dari mulut seorang staff yang muslim, “sama saja, Islamic atau konvensional”.

 

Di sinilah kita dapat meihat antara perkara yang menghambat usaha memajukan perbankan Islam. Pemahaman masyarakat terutamakan pegawai perbankan (bankers) amat cetek dan tidak dapat membezakan antara Islam dan konvensional. Ini kemungkinan kerana permulaan sistem perbankan Islam terbina dalam kerangka besar sistem ekonomi dan kewangan konvensional yang telah lama diamalkan di Malaysia. Perbankan konvensional sudah bertapak kukuh dan diterima dengan meluas di kalangan rakyat termasuk umat Islam. Di samping wujud kesan daripada penjajahan dan faktor-faktor lain, pegangan umat Islam terhadap agamanya masih longgar dan pemikiran majoriti mereka terhadap halal haram terbatas dalam soal makanan dan minuman sahaja.

 

Mudah-mudahan umat Islam diberi pendedahan yang meluas berkenaan perbankan Islam. Dan yang paling utama perlu ditekankan aspek rohani, iaitu kecenderungan kepada mengamalkan setiap ajaran Islam. Bukan hanya melihat aspek keuntungan atau wang ringgit.

 

2 responses to “Islam dan konvensional sama?

  1. aslm.. bagi sy semua bank trmasuk bank islam di negara ini mengamalkan riba. sifat riba adalah menindas. kalau diikutkan keadaan semasa. jumlah pnjaman perumahan atau kereta lebih mahal di bank islam berbanding bank konvisional.. islam tidak menindas… kalau sy silap tolong perbetul kan…

    • Waalaikumussalam,
      1) Penindasan adalah satu benda, manakala riba satu benda lain. Namun dalam riba adanya penindasan, dan tidak semua penindasan adalah riba. JUsteru, saudara tidak boleh mengatakan bahawa bank Islam juga mengamalkan riba atas sebab anda merasakan sifat penindasan wujud dalam Bank Islam.
      2) Tidak dinafikan bank-bank Islam masih banyak kelemahan. Institusi kewangan Islam dikawal dan diuruskan oleh manusia. Dan sudah tentu manusia itu banyak kelemahannya. Cuma, alhamdulillah, atas usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak yang benar-benar ikhlas mewujudkan alternatif wajib kepada umat Islam di Malaysia ini, terdapat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
      3) Kita doakan semoga industri ini berkembang ke arah positif

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s