Siapa perlu majukan Islamic Banking?

ooo..awak nak Islamic Banking?” tanya kerani CIMB Bank pada saya. Pengalaman berurusan dengan kerani bank menyakitkan hati saya. Sepatutnya dia tidak perlu lagi tanya saya soal itu. Awal-awal lagi sepatutnya diberikan kepada saya borang membuka akaun Islamic Banking. Ini sebaliknya, mula-mula diberi borang konvensional terlebih dahulu. Bila saya belek punya belek, tengok tak ada tanda “i” atau tanda islamic banking. Rupa-rupanya dia bagi borang akaun konvensional. Sakit hati saya, sebab kerani itu orang Islam. Takkan tak nak membantu untuk memajukan perbankan Islam! Kalau orang dari “kampung” yang tak biasa membuka akaun dan tidak tahu menahu pasal perbankan sudah pasti akan membuka akaun konvensional gara-gara kerani seperti ini. Ini masalahnya sekarang. Kita semua tahu perbankan Islam di Negara kita bukannya hebat sangat kalau nak dibandingkan dengan perbankan konvensional. Kalau dikumpulkan semua aset perbankan Islam di Malaysia masih belum mencapai lebih 12% aset perbankan konvensional. Justeru, dalam proses bersaing dengan konvensional umat Islam perlu memainkan peranan yang lebih dalam memajukan perbankan Islam. Cukuplah kita menggunakan konvensional, kerana kita sudah ada pilihan. Lainlah sebelum 25 tahun lalu. Negara kita masih belum mewujudkan Bank Islam. Tapi sekarang, bukan setakat bank Islam, malahan boleh dikatakan kebanyakan bank konvensional mempunyai “Islamic windows” atau gerbang perbankan Islam sendiri. CIMB bank ada CIMB Islamicnya, AMBANK ada AMIslamicnya, Maybank ada Maybank Islamicnya dan seterusnya. Kalau dulu, orang yang nak pakai kad kredit hanya ada kad kredit konvensional. Sekarang, sudah ada kad kredit bank Islam BIMB, kad al-taslif AMbank, kad kredit-i Aiman BSN. Semuanya diluluskan berdasarkan prinsip syariah. Jadi umat Islam di Negara kita sudah mempunyai pilihan sama ada memilih Islam atau konvensional. Begitu juga industri takaful, kita sudah ada takaful ikhlas, etiqa takaful yang menjalankan aktiviti berteraskan syariah. Mengapa masih memilih insurans konvensional. Jangan kita bataskan soal halal dan haram hanya pada makan dan minum. Ini fahama nyang salah. Ada orang kata : “Sama saja bank Islam dan konvensional, semuanya nak untung”. Tidak kurang juga yang berpendapat ; “Bank Islam hanya nama saje bank, prinsipnya belum tentu Islam sepenuhnya”. Cakap-cakap macam ini kadang kala menyakitkan kita, adakah Islam dengan konvensional masih disamakan. Memang benar, ada beberapa perkara dlam perbankan Islam masih diperdebatkan. Isu Bay al-Inah dalam pembiayaan, isu keuntungan dalam akaun wadi’ah dan sebagainya. Isu itu dibincangkan dalam peringkat lebih tinggi. Sekurang-kurangnya, perbankan Islam sentiasa dalam proses R&D. Tapi kita sebagai pengguna Islam, adakah kita ingin memilih perbankan konvensional? Jawapannya sudah pasti, tidak kerana Islam mempunyai batasan hukum. Takkan kita nak memilih konvensional yang terang-terang beraskan riba atau lebih baik kita memilih perbankan Islam. Jangan sampai termakan benda haram. Sabda Nabi s.a.w :

كل لحم نبت من حرام فالنار أولى به

maksudnya : Setip daging yang tumbuh dari haram maka neraka layak baginya”.

Kita perlu nyatakan kepada pengguna islam kebaikan bank Islam. Pihak bank sendiri atau individu yang berkerja di bank-bank perlu mendahulukan atau mengutamakan perbankan Islam. Jangan macam apa yang berlaku pada saya. Kita baru ingin buka akaun bank, tiba-tiba kerani bank awal-awal lagi dah bagi borang konvensional. Kan lebih baik awal-awal lagi bagi borang perbankan Islam. atau sekurang-kurangnya , tanyalah dulu, nak Islamic ke nak konvensional. Kalau kerani tu non-muslim, tak lah pelik sangat tapi ni terang-terang lagi pakai tudung. Islam lah maknanya. So, marilah sama-sama kita menilai diri masing-masing. Apakah sumbangan kita dalam perkembangan perbankan Islam di tanahair sendiri. Paling mudah ialah kita menjadi pengguna perbankan Islam. Maka, saya katakan, wajib bagi setiap pengguna Islam memilih perbankan Islam jika mahu guna khidmat bank. Wallahualam…Sama-sama ambil iktibar dari hadis Nabi s.a.w :

يأتي على الناس زمان لا يبالي ‏ ‏المرء ما أخذ منه أمن الحلال أم من الحرام

Ertinya : “Akan datang satu zaman dimana seorang individu itu tidak lagi memikirkan dari mana sumber perolehan hartanya, samada dari yang halal atau haram.” ( Riwayat Al-Bukhari)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s