Tempat ibadat teruk!

Ya Allah teruknya tempat ambil wuduk!” keluh isteri saya. Begitulah keadaannya di Malaysia. Alangkah malangnya bila dibandingkan tempat wuduk dengan tempat lain. Bila melihat kepada tempat untuk mengambil wuduk di Leisure Mall, Cheras, saya merasa sedih dan hampa. Bukan main susah lagi saya mahu mencari surau untuk solat Zohor petang semalam. Surau terletak di kawasan parking tingkat 2. Surau yang kecil dan nampak tidak terurus. Dahlah kecil, tempat wuduk pula teruk. Negara kita diuar-uarkan sebagai Negara Islam. Akan tetapi, Negara Islam masih teruk keadaan tempat ibadatnya untuk umat Islam. Kalaulah mashayikh-mashayikh saya datang melawat dan melihat keadaan ini, rasa malu pun ada, rasa bersalah pun ada. Tempat wuduk untuk wanita hanya ada sebatang paip dan terletak di kawasan terbuka. Untuk lelaki, mungkin kita rasa ia tidak mengapa. Untuk wanita, bagaimana mereka mahu menjaga aurat mereka. Bagaimana sukarnya untuk mengambil wuduk di kawasan tersebut. Sepatutnya, pihak yang bertanggungjawab sebelum membina bangunan perlu mengambil kira perkara-perkara seperti ini. Bukannya susah sangat nak bina surau dan tempat wuduk tertutup. Bagi saya, adalah wajar setiap pemaju atau kontraktor yang ingin membina bangunan di Negara kita, “blue print” projek pembinaan perlu dibentangkan kepada pihak yang boleh dipercayai memberi pandangan yang membawa manfaat kepada Islam. Jangan kita menganggap perkara seperti ini remeh sahaja. Ya. mungkin akan ada suara-suara yang membenci Islam tidak mahu membincangkan soal ini. Tanggungjawab ini perlu diambil kira oleh pihak berwajib. Kalaulah bukan kita orang Islam berperanan memperjuangkan hak orang Islam, siapa lagi yang nak memperjuangkannya. Sama-samalah kita bermuhasabah. Jangan sampai tinggal di Negara Islam sendiri, terasa seperti tinggal di Negara orang bukan Islam. Sama-sama kita fikirkan.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s