SMS Palsu?

“Mesaj : KAD SIM Anda tlh berjaya Memenang CEK BONUS Bertuah “RM 17, 000.00” dari PETRONAS Sila Call di Talian 00628121033455 Trima Kasih” – Sender +628159209955”….

Begitulah mesej yang yang saya baru terima semalam sewaktu baru pulang dari kuliah maghrib di PJ. Dari gaya bahasa dan ejaan, saya sudah tahu ia bukan datang dari orang Malaysia. Dari no sender pun saya sudah tahu ia bukan dari no Malaysia. No tertera adalah dari Indonesia. Sekali baca mesej agak terkejut dengan jumlah wang bonus yang tertera “17, 000.00”. Wow! Bukan senang kita nak dapatkan wang sejumlah itu hanya dengan sekelip mata. Hakikatnya, itulah yang boleh menjerat manusia. Wang ringgit, dunia dan harta benda boleh menipu manusia.

Apabila saya mendapat mesej ini saya teringat kes seorang Imam di Perlis yang terkena jerat seperti ini. Apa yang sangat memalukan ialah jerat yang dimasuki oleh Imam tersebut adalah berkaitan AF6 bukan PETRONAS. Alangkah sedihnya saya membaca berita tersebut. Namun, walau apa pun status seseorang itu, ia tetap manusia yang sering digoda oleh syaitan. Penting disebutkan ialah kita jangan cepat atau terburu-buru mempercayai berita yang disampaikan. Kecualilah berita itu dari orang-orang yang bertul betul thiqah. Firman Allah Taala (al-Hujurat : 6) :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا

“Wahai orang2 yg beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka hendaklah kamu menyiasat”

Jelas dalam al-Qur’an memerintah kita menyiasat dan berhati-hati dengan sesuatu berita. Apa yang berlaku, kadang kala seseorang itu mudah mempercayai macam-macam berita. Sedangkan hanya datang dari system pesanan ringkas SMS. Entah siapa yang hantarkan kita pun tidak tahu. Samalah juga kes SMS menceritakan tentang panggilan santau baru-baru ini. Apa nak jadi dengan masyarakat Malaysia hari ini. Mudah mempercaya mesej atau cerita karut seperti itu. Sepatutnya minda orang Malaysia terutamanya umat Islam perlu lebih matang. Jangan hanya diperkotak katikkan dengan cerita-cerita seperti ini. Dahulu ada juga (sebelum tersebarnya penggunaan handphone) surat berantai yang heboh di kalangan masyarakat Islam Malaysia.

Justeru, sebagai orang Islam, kita perlu sentiasa berhati-hati dengan mesej-mesej seperti ini. Pentingnya merujuk kepada alim ulama kerana dibimbangi berkait dengan akidah dan soal halal haram. Sekian…sekadar coretan waktu tengahari.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s