Masyarakat berilmu

Pagi tadi ketika saya mahu pergi kerja, jiran saya menegur saya. Alangkah cerianya dia pagi ini. Mungkin kerana akan bertolak ke bumi barakah Mekkah petang ini. Saya juga tumpang gembira, sudah lama saya tinggalkan bumi Madinah dan bumi Mekah. Bilakah saya boleh menjejakkan kaki ke sana sekali lagi? Cuma yang saya nak kongsikan ialah, jiran saya ada bertanyakan pasal beberapa masalah, antaranya masalah tempat sa’ie yang dikatakan sedang dalam pembinaan semula. Entahlah, saya pun kurang nampak gambarannya. Memang betul kaedah fiqh ada menyatakan :

الحكم على الشيء فرع عن تصوره

Maksudnya : “Menghukumkan atas sesuatu masalah adalah satu cabang daripada menggambarkannya”.

Saya hanya mampu menukilkan dua pandangan tentang masalah tersebut dan mendoakan mudah-mudahan insyaAllah Allah Taala menerima umrah beliau. Soalan kedua yang diajukan ialah soal menghadiahkan pahala kepada si mati. Suaminya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan di Madinah tiga tahun lepas. Dia bertanya apakah amalan paling sesuai untuk dihadiahkan kepada suaminya? Apa yang saya lihat, sudah menjadi kebiasaan orang Malaysia ingin menghadiahkan pahala kepada si mati. Sampai satu tahap, walaupun orang itu tidak pernah mengerjakan solat ketika hidupnya, tiba-tiba keluarga si mati datang meminta “tok lebai” mengerjakan solat. Solat itu dihadiahkan pahalanya kepada si mati. Apakah ini boleh memberi manfaat kepada si mati? Begitu juga, orang yang tidak pernah membaca al-Qur’an ketika hidupnya, apabila telah mati, dengan mudah sahaja dihadiahkan pahala membaca al-Qur’an kepadanya. Secara logiknya, ini tidak akan memberi manfaat kepadanya.

Jawapan saya kepada jiran saya, memang ada ulama yang membolehkan kita baca al-Qur’an, tahlil dan sebagainya lalu menghadiahkan pahala kepada si mati. Namun yang lebih baik ialah kita berdoa kepada si mati. Ini adalah yang sabit dan disepakati oleh ulama. Alhamdulillah, jiran saya boleh menerima pendapat yang saya utarakan. Kesimpulannya, umat Melayu memang susah dipisahkan daripada adat dan amalan turun temurun daripada generasi awal. Untuk membuat pembaharuan, kita memerlukan banyak masa. Kita tidak boleh hanya pandai menghentam ulama atau generasi awal. Kita hendaklah memberi kefahaman dan ilmu kepada masyarakat. Sumbangan pakar-pakar dalam agama amat diperlukan di Malaysia. Mudah-mudahan dengan perkembangan ilmu yang berlaku di Malaysia, masyarakat Islam di Malaysia boleh menjadi masyarakat yang cemerlang dan terbilang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s