Daily Archives: Mei 25, 2008

Boleh ke kita bina gereja?

Pandangan al-Qardawi

Pembinaan rumah ibadat untuk orang bukan Islam daripada kalangan ahli zimmah atau dengan kata lain “kepada warganegara bukan Islam sama ada kristian atau agama lain” yang dipanggil oleh fuqaha’ sebagai penduduk dar al-Islam, adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya ada hajat sebenar yang mendesak kepadanya. Hajat seperti bilangan mereka bertambah dan perlu kepada tempat lebih luas untuk beribadat dan pemerintah Islam mengizinkannya. Ini termasuk dalam makna kita mengiktiraf kebebasan beragama.

Seperti masalah ini, kalangan orang bukan Islam bukan warganegara yang memasuki Negara Islam dengan aman (dengan visa dan kebenaran) untuk bekerja di Negara Islam dan bilangan mereka agak ramai dan telah lama tinggal di Negara Islam, sehingga memerlukan kepada tempat ibadat untuk mereka beribadat di dalamnya. Maka pemerintah boleh mengizinkannya dalam batasan keperluan (atas konsep membalas perbuatan mereka dengan cara yang sama معاملة بالمثل). Ini kerana mereka turut mengizinkan orang Islam di Negara mereka mendirikan masjid untuk melaksanakan solat.

Saya berpandangan, membenarkan penduduk Kristian di Qatar membina gereja adalah termasuk dalam kes seumpama ini. Ia adalah hak pemerintah berdasarkan kepada pemahaman politik Islam (siyasah syari’yyah) yang dibina berdasarkan asas menjaga matlamat syarak dan maslahah manusia serta keseimbangan antara sebahagian maslahah dengan sebahagian yang lain atau pertimbangan antara sebahagian mafsadah dengan sebahagian lain dan melihat kepada asas pertembungan antara maslahah dan mafsadah. Wajib atas pemerintah merujuk kepada fatwa para ulama yang alim agar tidak terjebak ke dalam perkara yang tidak disukai dan tidak diredhai Allah.

Apabila saya mengharuskan pembinaan gereja di Negara Islam, maka diizinkan bagi mereka juga dengannya dan diharuskan oleh ulama syariat iaitu harus menyertai pembinaan gereja. Walaupun ramai kalangan ulama melarangnya bagi orang Islam kerana ia termasuk dalam membantu atau perkara iktikad yang batil dan sesat. Pertolongan membina gereja termasuk dalam firman Allah Taala surah al-Ma’idah ayat 2 :

{ولا تعاونوا على الإثم والعدوان} [المائدة:2].

وبالله التوفيق .

Rujuakn : (http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=5970&version=1&template_id=232&parent_id=17)