Buku Kedua Penulis

MUQADDIMAH

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستهديه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله اللهم صل على نبينا محمد بن عبدالله و على آله وصحبه ومن والاه

أما بعد :

Asas kepada pembinaan agama Islam ialah beriman kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benarnya. Seseorang itu tidak akan masuk ke dalam agama Islam melainkan melalui ucapan dua kalimah syahadah iaitu Lailahaillallah Muhammadarrasulullah. Bahkan jihad Rasulullah s.a.w. adalah untuk menyatukan sekalian manusia di atas kalimah Lailahaillallah. Sabda Nabi s.a.w. :

أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتىَّ يَقُولُوا : لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله، فَإذَا قَالُواهَا عَصَمُوْا مِنِّي دِمَاءَهُم وأَمْوَالهَم

Maksudnya : “Aku diperintah agar memerangi manusia sehingga mereka berkata : Lailahaillallah. Maka apabila mereka telah menyatakannya, darah dan harta mereka terpelihara daripadaku”. Al-Qur’an yang menjadi perlembagaan bagi umat Islam mengukuhkan lagi hakikat kepentingan akidah dalam diri seseorang. Turunnya surah al-Ikhlas yang menekankan konsep mengesakan Allah S.W.T (al-Ikhlas 1-4):

Maksudnya : :Katakanlah (Wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;”Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya”.

Ini juga dibuktikan lagi dengan dakwah para Nabi alaihimussolatuwassalam yang menyeru kepada mengtauhidkan Allah S.W.T dengan menyembahkan Allah Tuhan Yang Maha Esa. Firman Allah Taala (al-Anbiya’ : 25) :

Maksudnya : “Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; Oleh itu, beribadatlah kamu kepadaku”.

Oleh kerana itu, Islam mewajibkan umatNya membaca surah al-Fatihah dalam setiap rakaat sembahyang, di mana surah al-Fatihah ini memberi penekanan kepada konsep akidah dan tauhid. Akhir-akhir ini, timbul pelbagai gejala ajaran sesat di Negara kita. Bermula dari mereka yang mengaku menjadi Nabi sehinggakan ada yang mengaku memiliki kuasa seperti Tuhan. Ditambah pula dengan kepincangan akidah yang berlaku di kalangan muda mudi seperti black metal dan tidak kurang juga jenayah murtad yang mengundang bahaya kepada masyarakat Islam. Apa yang berlaku menunjukkan pentingnya penerapan ilmu akidah kepada masyarakat Malaysia masa kini.

Menyedari hakikat ini, penulis merasa terpanggil untuk menghasilkan sebuah buku yang dapat dijadikan sumbangan bagi memberi kefahaman tentang akidah kepada masyarakat. Buku Soal Jawab Remeh-temeh tentang akidah Tapi Anda Malu Bertanya ditulis dengan uslub yang mudah difahami melalui soalan dan jawapan. Semoga kehadiran buku ini dapat merungkai sebahagian persoalan-persoalan akidah yang terbuku dalam benak fikiran anda. Penulis cuba merujuk kepada kitab-kitab akidah dan tauhid yang muktabar dengan diselitkan setiap persoalan dengan dalil dan hujah daripada al-Qur’an dan hadis-hadis dengan harapan agar pembaca lebih memahami akidah dengan berdalil. Dengan ini para pembaca boleh merujuk kepada rujukan asal untuk lebih mendalami masalah-masalah akidah yang dikemukakan dalam buku ini.

Akhir sekali, penulis bermohon kepada Allah S.W.T agar mengurniakan keikhlasan dan kejujuran dalam setiap amal usaha yang dilakukan. Semoga apa yang ditulis menambahkan lagi ilmu dan pengetahuan penulis sendiri dan didoakan mudah-mudahan Allah menerimanya serta memanfaatkan buku ini kepada seluruh umat islam. Amin Ya Rabb al-Alamin.

InsyaAllah, jika tiada halangan buku ini akan diterbitkan oleh Telaga Biru pada bulan Jun 2008 ini…

Mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada penulis dan para pembaca yang mulia…Amin

4 responses to “Buku Kedua Penulis

  1. Pertamanya, penulis bersyukur kepada Allah Taala kerana tanpa pertolongan Allah penulis tidak akan dapat menyiapkan tulisan ini dan penulis juga ingin merakamkan terima kasih kepada kedua ibubapa penulis yang mendidik penulis dari kecil sehingga dewasa dengan ilmu pengetahun agama yang sempurna..tanpa didikan ayahanda dan bonda, penulis tidak akan sampai ke tahap ini…seterusnya penulis juga merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada isteri tercinta Ummu Amir al-Bayawiyyah yang banyak memberi sokongan dan sanggup mengharungi kepenatan bersama suami dalam tempoh penulisan ini..
    Penulis juga mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang juga memberi sokongan dalam menyiapkan buku ini iaitu al-Fadhil Sheikh Abu Umair al-Madani…Moga-moga Allah memberkati hidup enta sekeluarga…
    Akhir kata..terima kasih kepada pihak Telaga Biru yang sudi menerbitkan buku ini…khususnya kepada al-Fadhil Ust Zahazan yang memberi tunjuk ajar dan dorongan….Sekian…

    Yang Benar,
    Abu Amir al-Baruhiyy
    Kajang, Selangor

  2. Assalamualaikum..
    Syabas kepada al-fadhil ust albaruhiyy atas buku kedua ini. Semoga dapat dimanfaatkan oleh penuntut2 ilmu di negara kita.
    Sekian.

  3. Juhdun masykur… نفع الله بعلومكم الإسلام والمسلمين
    tahniah la ustaz nik kita..

  4. Syukran kepada al-ansar..al-ansar ni Ustaz Fakhruddin kan?
    Bila nak datang UKM,
    jumpa lagi….InsyaAllah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s