Arkib Kategori: Sempena Peristiwa atau Bulan Tertentu

Maulid Nabi datang lagi

Tahun ini 1434 sambutan maulidrrasul datang lagi. Orang Melayu masih kekal menyambut tarikh 12 Rabiulawal sebagai hari kelahiran Nabi. Mereka masih menyambutnya meskipun mungkin antara isu yang perlu sentiasa diperingatkan kepada masyarakat, adakah benar tarikh 12 Rabiulawal ialah hari kelahiran baginda s.a.w?

Kedua, jika benar 12 Rabiul awal ialah tarikh keramat kelahiran Rasulullah saw, maka adakah umat Islam dituntut menyambutnya?

Ketiga, orang Islam perlu memahami erti menyambut kelahiran dan bezanya dengan memperingati kelahiran baginda saw.
Tiga isu ini lah yang perlu dikupas oleh para penceramah supaya masyarakat Islam sentiasa sedar dan berada dalam situasi cara beragama yang betul dan konsisten dengan pentunjuk Nabi s.a.w

Benarkah tarikh 12 rabiulawal?
Mengenai hari kelahiran baginda s.a.w, telah sabit dalam hadis sahih bahawa baginda lahir pada hari isnin. Sabda Nabi sa.w. dalam hadis sahih Muslim
عن أبي قتادة الأنصاري رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صوم الاثنين فقال : ( فيه ولدتُ ، وفيه أُنزل عليَّ ).
Daripada Abi Qatadah al-Ansari katanya bahawa Nabi s.a.w ditanya mengenai puasa hari isnin maka baginda menjawab: “Pada hari isnin, aku dilahirkan dan padanya di turunkan wahyu kepadaku”.
Namun, mengenai tarikh sebenar, tiada satu pandangan yang tepat tentang berapakah tarikh sebenar Nabi saw dilahirkan.
Ahli sejarah dan tarikh berselisih pandangan. Cuma ada pandangan yang dinisbahkan kepada majoriti ia adalah 12 Rabiulawwal. Malahan Sheikh Safiyyurrahman al-Mubarakfuri memlilih pandangan ia berlaku pada 9 Rabiulawal pada tahun Gajah iaitu 40 tahun selepas kerajaan Kisra Anusyarwan bersamaan 20 atau 22 April 571 Mashini.
Jadi ia satu tarikh yang tidak disepakati.

Adakah dituntut menyambut kelahiran baginda?
Jika dituntut, tarikhnya sudah berbeza pandangan, adakah perlu disambut 9 atau 12 atau tarikh lain?
Namun berdasarkan kepada nas-nas Syarak Quran, hadis dan amalan para sahabat, tiada satu bukti yang menunjukkan bahawa kita dituntut “menyambut” hari kelahiran baginda s.a.w Sekiranya menyambut maulid adalah satu cara berugama, sudah tentu Allah Taala akan menjelaskannya dalam al-Quran dan diperintahkan sendiri oleh baginda saw erta dipraktikkan oleh para sahabat r.anhum.
Jika sambutan ini dianggap sebahagian dari agama, maka ia mestilah terhenti di atas kewujudan bukti dan dalil. Apabila tiada dalil, maka ia tidak boleh dilakukan kerana agama itu bukan sesuatu yang boleh direkacipta. Kaedah menyebut:
الأصل في العبادة التوقف
Hukum asal bagi ibadah ialah mesti dihentikan (sehingga ada dalil mengharuskannya)
Namun sekiranya ia berasal dari adat, adakah ia bercanggah dengan agama atau tidak?
Jika adat sekalipun, dari satu sudut ia masih berkaitan dengan soal agama iaitu kelahiran Rasulullah saw. Justeru, perbuatan yang dilakukan seolah-olah mengaitkan dengan hal agama.

Menyambut Vs Memperingati
Menyambut sebenarnya dianggap sebahagian dari soal agama, kerana kita biasanya menyambut atau ihtifal atau celebrate sesuatu perayaan. Apabila kita menyatakan sambutan maulid, maka seolah-olah ia suatu perayaan. Perayaan adalah diterjemahkan ke dalam bahasa arab sebagai eid. Eid adalah sebahagian dari agama. Untuk menyambut apa jua perayaan mesti ada sandaran dari nas-nas syarak\
Namun, memperingati Rasulullah, kelahiran baginda, kisah baginda, perjuangan baginda, petunjuk baginda adalah dituntut. Bukan setakat pada bulan Rabiulawal sahaja, malahan setiap masa dan detik yang berlalu.
Lebih penting dari itu, kita wajib melaksanakan segala ajaran dan sunnah Rasulullah saw sepertimana yang dituntut. Kesemua ini adalah tuntutan syarak yang tidak boleh disangkal lagi. Inilah yang menjadi kayu ukur keimanan seseorang terhadap Rasulullah saw.

Betulkan yang salah
Justeru, menjadi tugas umat Islam hari ini memperbetulkan persepsi yang salah supaya kita menjadi ummah yang berilmu. Umat yang dipuji oleh Allah Taala: “Katakanlah adakah sama orang yang mengetahui (berilmu) dan orang yang tidak mengetahui (tidak berilmu)”.

Fatwa makan makanan yang disediakan untuk krismas dan ucapan tahniah

Eating food prepared for a Christian festival

What is the ruling on eating food prepared for a Christian festival? What is the ruling on accepting their invitation to their celebrations of the birth of the Messiah (peace be upon him) [i.e., Christmas celebrations]?
Praise be to Allaah.

It is not permissible to celebrate Continue reading

Mukmin menunggu Ramadan..Munafik???

Ramadan ialah bulan yang mendapat perhatian dan bahkan lebih perhatian dari seluruh umat Islam. Mereka bergembira dengan ketibaannya. Inilah sifat mukmin sebenar. Diriwayatkan daripada Anas ra bahawa Nabi saw berdoa supaya disampaikan kepada bulan Ramadhan.
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Apabila masuk bulan Rejab baginda berdoa: “Ya Allah Ya Tuhan berkati kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”

Orang mukmin sebenar akan menyambut Ramadan sambil berkata: Wahai Tuhan kami, Ramadan telah meliputikami dan rezekikanlah kepada kami puasa dan qiyam pada bulan ini dan kurniakanlah kepada kami kesungguhan dan kecergasan serta hindarilah kami dari godaan fitnah.

Orang mukmin mengetahui rahmat Ramadan dan apa yang Allah Taala sediakan kepada hamba-hambaNya. Di mana dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu api neraka dan dirantai syaitan-syaitan.

Namun, bagi orang munafik tiada satu bulan yang lebih buruk melainkan bulan Ramadan. Kenapa? Kerana bulan tersebut mereka tidak lagi boleh bersenang-senang merasai kelazatan dan perkara haram.