Sunah Yang Jarang dilakukan

Leka, sungguh leka, kita sebenarnya leka..terlepas pandang, kadang kala kita menyangka sudah banyak amalan sunah yang dilakukan. Namun sebaliknya, masih banyak amalan sunah yang ditinggalkan. Marilah sama-sama kita bermuhasabah, adakah amalan-amalan tersebut kita pernah lakukan? Atau sebaliknya, adakah masih belum pernah dilakukan atau sangat jarang dilakukan. Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang ahli jemaah salah sebuah surau tempat saya memberi kuliah maghrib bertanyakan pasal kritikan saya terhadap setengah ahli kumpulan ajaran sesat yang suka menyarankan ahlinya kawin EMPAT. Maksud kritikan saya bukan terhadap keharusan poligami, tapi kumpulan yang menganjurkan ahlinya berpoligami tidak pula memberi tunjuk ajar agar berlaku adil terhadap semua isteri, malahan tidakpun memberi amaran kepada sesiapa yang menzalimi mereka.
Pakcik yang bertanyakan saya mengatakan bahawa poligami kan sunnah? “Ya memang benar sunnah…tapi di sana lebih banyak sunnah lain yang kurang dihighlightkan…Kenapa ye? Mengapa hanya poligami je yang sering dihighlightkan sebagai sunnah”. Itu jawapan saya.
Kebetulan pula, masa balik kampong baru ni, bapa mertua saya menceritakan pasal seorang guru agama yang agak terkenal jika disebutkan namanya. Beliau sudah beristeri dua, dan dikhabarkan, beliau ingin ke Kemboja dan berkahwin seorang lagi..Kata mertua saya, kedua-dua isteri itu tak terjaga, inikan pula nak kawin yang ketiga, rumah tunggang langgang,tak terurus ..ermm..entahlah.. saya tak nak komen pasal beliau..harap-harap niatnya ikhlas.
Inilah yang membuatkan saya menyeru rakan-rakan pembaca agar menilai semula diri masing-masing..Antara sunnah-sunnah yang dianggap perkara remeh temeh yang jarang dilakukan oleh orang Islam hari ini ialah :

1) Memulakan mandi wajib dengan wuduk
Al-Bukhari (843) dan Muslim (613) meriwayatkan daripada Aishah r.a. bahawa Nabi s.a.w. apabila mandi junub, baginda akan memulakan dengan membasuh kedua tangannya kemudian BERWUDUK seperti wuduk untuk solat, kemudian baginda memasukkan jari-jarinya ke dalam air dan menyelati dengan jarinya akan celah-celah akar rambutnya, kemudian baginda mencurahkan ke atas kepalanya sebagai tiga kali curahan dengan kedua tangannya, kemudian baginda mencurahkan air ke atas semua kulitnya.

2)Memakai selipar dengan kaki kanan dan menanggalkannya dengan kaki kiri
Ini juga satu perkara yang sering kita lupa atau terlupa. Tiap kali keluar rumah, biasanya bergegas tanpa sempat perhatikan, kaki mana mula menyarungkan selipar. Abu Hurairah r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila seseorang kamu ingin memakai selipar, maka mulakanlah dengan kaki kanan, dan apabila ingin menanggalkannya maka mulakan dengan kaki kiri, agar sebelah kanan menjadi kaki pertama dipakaikan dan terakhir ditanggalkannya” [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Libas 6585, Sahih Muslim, Kitab al-Libas 7902]

3) Bernafas di luar gelas ketika minum air
Daripada Abdullah bin Abi Qatadah daripada bapanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “Apabila seseorang kamu minum, maka janganlah ia bernafas dalam bekas, dan apabila ia memasuki tandas, janganlah ia menyentuh zakarnya dengan tangan kanan, dan jangan membasuh najis dengan tangan kanan”. [al-Bukhari, Kitab al-Wuduk 351, Sahih Muslim, Kitab al-Taharah 762].
Dari segi hikmahnya sudah pasti pakar-pakar perubatan boleh menjelaskannya sendiri.

4) Berdoa selepas tasyahhud dan sebelum salam
Ini satu lagi yang jarang dilakukan. Kalau kita menjadi makmum, mungkin apabila selesai membaca tahiyyat (tashahhud akhir), kita akan menunggu Imam memberi salam sahaja. Sedangkan sunat bagi kita untuk berdoa sebelum salam. Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda : “Kemudian hendaklah ia memilih daripada apa-apa doa yang menarik perhatiannya, maka ia pun berdoa”. [al-Bukhari, Kitab al-Azan 538]

5) Memberi salam kepada sesiapa yang dikenali atau tidak dikenali
Subhanallah, ini satu lagi sunnah yang sangat-sangat jarang kita dapati. Kalau sesama kawan yang dikenali pun kadang kala kita tidak member salam. Lebih banyak perkataan Hai! Hello! Dan melambai tangan je…Sabda Nabi s.a.w selepas ditanya tentang amalan dalam Islam yang terbaik : “Kamu memberi makan dan member salam ke atas orang yang kamu kenali dan orang yang kamu tidak kenali”. [Sahih al-Bukhari dan Muslim]

6) Membaca doa ketika mendengar bunyi ayam berkokok
Ini antara perkara yang sangat jarang dilakukan. Walhal ia benda yang remeh dan mudah. Sabda Nabi s.a.w : “Apabila kamu mendengar bunyi ayam jantan berkokok maka mintalah kepada Allah akan kurniaanNya, ini kerana sesungguhnya ia melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi suara keldai, hendaklah kamu meminta berlindung dengan Allah daripada syaitan kerana ia melihat syaitan”. [Sahih al-Bukhari dan Muslim].

Ini antara sebahagian yang sunnah Nabi yang jarang dilakukan oleh kita. Sama-sama lah kita menilai diri masing-masing, sejauh mana kehidupan kita dengan sunnah Nabi. Jangan hanya ingin mengikut sunnah Nabi yang kita rasa jelera atau selera je….yang tak kena dengan jelera kita, ditinggalkan…Allahurabbi!

10 responses to “Sunah Yang Jarang dilakukan

  1. Salam Al-baruhiyy…

    Mula2 terpk apa makna. Bila sebut betol2 baru la tau. Mcm Khairuddin Aman Razali At-Takiriy jgk la. Abis Dr Zul Al-Bakri nisbah kpd apa ekk?

    Yus ada kabo ke ana pasal artikel anta qunut Nazilah tu dlm majalah telaga biru. Terus ana beli.

    Alhamdulillah, teruskan perjuangan sahabatku !!

    (Jue kawin dia jemput anta x??)

    • Salam…..
      sheikhuna wa ustazuna ridwan…hehe..albaruhiyy memang dah lama, cuma tak diwar-warkan je
      ust zul ana tak tahu, tapi mungkin nisbah pada datuk beliau….Abu Bakar..wallahualam..kena tanya empunya diri
      Pasal sheikhuna jue
      ana memang tak tahu langsung pasal jue kahwin..
      Masa balik baru ni ana pergi menziarahi arwah salimi masa dia sakit..pokya ada call ana sebut pasal jue..
      Terus ana terkejut..tapi tak sempat sembang lama.. takpe laa dia tak jemput.. mungkin ada masalah..
      apa pun, ana ucap tahniah kat dia..dah kimsalam kat jue kalau jumpa dia..
      nanti ada masa kita jumpa..lama dah dok jupe sheikhuna ridwan ni..
      Wassalam

  2. Salam Akhie,

    Syeikh Lokman dah balik Mesia ke? Dia port kat mana? Kg zaujah dier kat Kelantan?

    • Salam, belum lagi sheikh, lepas raya or haji kot
      tanya dia sendiri sheikh, ana dah tanya dia baru ni
      zaujah lokman kalau tak silap asal Ketereh, ana hadir
      kenduri kahwin dia dulu
      Wassalam..

  3. salam,

    tumpang tanya, ini nik abd rahim yg sekolah smaasza & pandai azan tu ke? nmpk lain dlm gmbr di FB. lg 1, arwah salimi yg disebutkan di atas tu merujuk kpd wan mohd salimi ke?

  4. nik, saya karimah @ aminah. awak mungkin xigt saya kot. dulu kita 1 kelas semasa form 1. saya masih igt awak duk meja depan kalo xsilap sblh fajri rasany. pendk kata, geng2 al-falah. kita kan dlu dikumpulkan dr sekolah2 agama seluruh trg ditawarkan msuk smaasza.
    saya xtau pula sahabat kita salimi sudah kembali pdNya. blh saya tau sakit apa? sbb seigt saya dulu sy selalu jgk mengikuti blog/forum dia tp lps tu diam je. rupanya dia diam sbb dah tiada lg. innalillah…

    • ooo..karimah, ingat lagi..salimi meninggal kerana kesan kemalangan jalan raya pertengah tahun 2008,
      berlaku pendarahan otak..beliau sihat selepas operation. Tapi bulan 5 2009 baru-baru ini, dia operate sekali lagi dan kurang sehat..ana sempat ziarah dia masa sakit..
      Untuk tahu lebih lanjut boleh lawati blog ust lokmanulhakim http://www.abuumair1.wordpress.com
      Mudah-mudahan Allah merahmati beliau..amin

  5. innalillah…semoga dia ditempatkan bersama orang2 yang soleh. salimi yang saya kenal mmg seorang yang baik, hormatkan orang dan manis wajahnya. Allah lebih menyayangi dia. saya masih ingat salimi sbg ketua kelas.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s