Lelaki bersalaman dengan wanita?

Lelaki bersalaman dengan wanita?

Baru-baru ini seluruh umat Islam di dunia menyambut hari raya idulfitri. Pasti ramai yang pulang ke kampung halaman, bertemu sanak saudara dan kaum keluarga. Di samping itu, mereka turut melakukan amalan kunjung mengunjung, ziarah menziarahi antara satu sama lain. Sedar atau pun tidak, kaum keluarga yang sudah lama tidak bersua muka dapat bertemu pada hari raya. Dari satu sudut ia akan merapatkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim. Namun masih ramai masyarakat yang tidak mengetahui beberapa hukum penting berkenaan pantang larang Islam. Walaupun kita digalakkan merapakan hubungan antara kaum kerabat terdekat, hubungan tersebut ada batasannya. Salah satunya ialah hukum bersalaman antara wanita dan lelaki ajnabi. Ramai kalangan masyarakat tidak menyedari perbuatan bersalam-salam antara sepupu lelaki dan wanita atau antara seorang wanita dengan bapa saudara suaminya atau sebaliknya adalah termasuk dalam hukum bersalaman wanita dengan lelaki ajnabi.

Sebenarnya, seorang lelaki itu boleh bersalaman dengan wanita mahramnya berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. pernah mencium Fatimah. (HR Abu Dawud dan al-Tirmizi). Selain daripada wanita mahram, bukan mahram atau diistilahkan sebagai wanita ajnabiyyah atau ajnabi. Wanita ajnabi ialah mereka yang halal dikahwini yang bukan mahram atau bukan isterinya. (al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami 7/598). Akhir-akhir ini, umat Islam sering mempertikaikan hukum Allah Taala, baik hukum yang kecil sehingga hukum yang besar termasuk hukum bersalaman sendiri. Berdasarkan pengamatan ulama, mereka bersepakat bahawa seorang lelaki tidak boleh bersalaman dengan wanita ajnabi. Seorang tokoh mazhab Shafie yang disegani, Imam al-Nawawi menegaskan : ‘Sesungguhnya halal melihat kepada wanita ajnabi jika ia ingin menikahinya, atau ketika urusan jual beli, atau ketika mengambil sesuatu barang atau memberi kepadanya dan seumpamanya dan tidak harus menyentuhnya dalam sesuatu situasi berkenaan’. (al-Azkar, 228).

Ummul Mukminin Aisyah r.a pernah bersumpah menafikan Rasulullah s.a.w. pernah menyentuh tangan wanita dalam bai’ah peristiwa hijrah : ‘Demi Allah, tangan baginda tidak pernah menyentuh tangan wanita pun, baginda hanya berbai’ah dengan ucapan’. (Fath al-Bari 11/345-346 dan Sharh Sahih Muslim 13/10). Hadis ini menjelaskan bahawa bai’ah wanita hanya berlaku dengan ucapan sahaja tanpa bersalaman. (Sharh Sahih Muslim 13/10). Ini disokong oleh satu riwayat lain di mana Umaimah binti Raqiqah r.ah pernah berkata : ‘Aku datang kepada Rasulullah s.a.w. dalam kumpulan wanita, kami ingin berbai’ah dengannya. Kami berkata : “Kami berbai’ah denganmu wahai Rasulullah bahawa kami tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu, kami tidak mencuri, tida berzina, tidak membunuh anak-anak kami dan kami tidak akan membuat cerita dusta yang direka-reka serta kami tidak akan mengingkari perintahmu pada kebenaran”. Lantas Rasulullah s.aw. bersabda : “Pada perkara yang kamu mampu dan berdaya”. Umaimah menceritakan lagi : “Kami berkata bahawa Allah dan RasulNya lebih mengasihani kami daripada diri kami, ayuhlah kami ingin berbai’ah denganmu wahai Rasulullah”. Lalu Nabi s.a.w menjawab : “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita, sesungguhnya perkataanku kepada seratus orang wanita adalah seperti perkataanku kepada seorang wanita atau seumpama perkataanku kepada seorang wanita”. (HR al-Tirmizi 4/151-152, al-Nasa’i 7/149, Ibn Majah 2/959. al-Tirmizi menyebut : ‘Hadis ini hadis hasan sahih).

Hadis ini adalah nas yang jelas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. tidak bersalaman dengan wanita ketika berbai’ah. Jika Nabi seorang yang maksum tidak bersalaman ketika bai’ah, maka lebih aula hukumnya dalam situasi selain bai’ah. Apabila Rasulullah s.a.w. tidak bersalaman dengan wanita, sudah tentu kita juga wajib mengikut sunnah baginda kerana baginda s.a.w. adalah qudwah dan ikutan kita semua. Dengan dalil-dalil yang sudah jelas dan terang ini, maka tertolaklah segala dakwaan dan hasutan yang cuba menghalalkan perbuatan bersalaman antara lelaki dan wanita. Sesetengah orang berhujahkan keharusan bersalaman dengan wanita melalui hadis Ummu Atiyyah yang diriwayakan oleh al-Bukhari. (Fath al-Bari 10/262). Di sini, saya tidak mahu memanjangkan syubhah-syubhah yang dikaitkan dengan riwayat tersebut. Cukup saya nukilkan penjelasan al-Albani rahimahullah, pakar hadis terkenal : ‘Dan kesimpulannya ialah tidak sahih daripada Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersalaman dengan wanita walaupun ketika peristiwa bai’ah, lebih-lebih lagi dalam situasi ketika bertemu. Segilintir orang yang berhujah keharusannya dengan hadis Ummu Atiyyah yang saya sebutkan tadi sedangkan lafaz bersalaman tidak pernah disebut dalam riwayat tadi dan mereka berpaling daripada hadis-hadis yang jelas menafikan Nabi s.a.w. bersalaman adalah merupakan satu perkara yang tidak keluar dari seorang mukmin yang ikhlas’. (Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 2/55).

Oleh itu, bagi kita umat Islam, tiada yang lebih baik dan lebih utama kecuali mengikuti sunnah dan petunjuk Nabi s.a.w. Dalam era moden sekarang, tidak perlu kita mendakwa untuk meniti arus kemodenan maka kita mesti mengikuti semua budaya barat dan cara mereka. Bahkan sebenarnya, yang menjadi keutamaan kita ialah memperkukuhkan diri kita dengan nilai-nilai murni Islam dalam era modenisasi sekarang. Ini supaya kita tidak mudah terjerumus dan tergelincir dihanyutkan oleh kesesatan dunia hari ini. Mudah-mudahan semua umat Islam mendapat hidayah Allah s.w.t. Amin.

About these ads

12 responses to “Lelaki bersalaman dengan wanita?

  1. Assalamualaikum,

    Ada orang menyatakan Prof Dr Yusuf al-Qaradawi mengharuskan bersalaman antara lelaki dan perempuan ajnabi dlm keadaan tertentu. Apakah ianya benar? Saya kira saudara maklum dalam keadaan bagaimana yang dimaksudkan.

    Kalau benar ada pendapat tersebut, apakah hujjah-hujjah mereka? Saya suka mendapatkan gambaran terperinci mengenai hal ini. Terima kasih.

    Ummu Abbas

  2. Waalaikumussalam.

    Ya, Dr. Yusuf al-Qaradawi ada fatwa berkenaan ini. Ada hujah-hujah yang digunakan. Boleh rujuk buku-buku beliau.
    Namun al-Qardawi mengharuskannya dengan syarat wujud hajat dan selamat dari fitnah.
    Hujah-hujah yang dikemukakan ole al-Qaradawi dijawab oleh ulama-ulama lain.

    Pada pandangan saya, fatwa al-Qaradawi tidak boleh diamalkan secara meluas.

    Wallahualam.

  3. hujah qardhawi ada disebut dalam buku Fatwa-menempuh kehidupan moden (DI SEMAK USTAZ OTHMAN HAMZAH ALMUQRI – MANTAN IMAM BESAR MASJID NEGERI SHAH ALAM)

    PENULIS: Daud Baharum
    IslamOnline.Net
    2006 ISBN 983-42165-0-5
    0.56 kg

    HARGA:RM22.00

    PENDAPAT AL-QARDHAWI JUGA BAGUS UNTUK DIAMALKAN KERANA BELIAU MENULIS BERDASARKAN HUJJAH…FEQAH ITU LUAS SKOPNYA…SENTIASA BERKEMBANG MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN BERPAKSIKAN AL-QURAN DAN SUNNAH..WALLAHUA’LAM

    • Terima kasih kepada akh ABU, pandangan al-Qardhawi adalah pandangan peribadi. Mungkin pada pandangan akh ABU ia sesuai di amalkan. Tapi al-Qardhawi tidak mengharuskan secara mutlak.
      Sekiranya ada orang yang berpegang dengan pandangan al-Qardhawi, dia hendaklah ikhlas dan jangan hanya mengikut nafsu.
      Sebaliknya, jika ingin lebih berjaga-jaga, pandangan yang mengharamkannya adalah lebih baik.
      Wallahualam

  4. salam..apakah cadangan untuk mendedahkan hukum bersalaman di antara lelaki dan perempuan ajnabi adalah diharamkan?

    • Cadangan saya :
      1. Guru-guru memainkan peranan penting di sekolah. Jelaskan kepada murid-murid sejak kecil
      2. Peranan media juga sangat kuat, para penceramh dan ustaz-ustaz di TV, jangan segan dan malu memberitahu hal ini.
      3. Kita sendiri yang menjelaskan kepada orang ramai.
      InsyaAllah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit

  5. main langgar jek ok x?

  6. Di Malaysia kita bermazhab syafie dan bermazhab itu adalah wajib hukumnya kepada kita yang bukan mujtahid walau sebesar2 ulama sekalipun. Jika mazhab kita mengharamkannya apa peduli lagi dengan pandangan yang membolehkannya. Di mana untungnya bersalam dengan perempuan ajnabi dan di mana ruginya apabila kita meninggalkannya?

    • saudara jantan,
      Kenyataan saudara tentang bermazhab wajib perlu diperincikan lagi.
      Menurut Ibn al-Najjar :
      ( وَلَا يَلْزَمُهُ ) أَيْ : لَا يَلْزَمُ الْعَامِّيَّ ( التَّمَذْهُبُ بِمَذْهَبٍ يَأْخُذُ بِرُخَصِهِ وَعَزَائِمِهِ .
      Maksudnya : “Dan tidan wajib baginya iaitu tidak wajib bagi orang awam bermazhab dengan satu mazhab dgn mengambil rukhsah serta azimahnya mengikut pendapat paling masyhur” [al-Kaukab al-Munir 3/96]
      Bahkan yang wajib bagi kita ialah mengikut al-Qur’an dan Sunnah Nabi s.a.w. pada setiap perintah dan larangan.

      Kedua, isu bersalam memang tepat apa yang saudara katakan, tiada untung bersalam dengan perempuan ajnabi..dan tiada rugi kita meninggalkananya..saya hanya menukilkan pandangan qaradawi
      Wallahualam

  7. saudara jantan,
    yang wajib bagi bukan mujtahid ialah bertanya ahli ilmu. BUKAN wajib bermazhab dengan salah satu empat mazhab atau lain2.

  8. as salam,
    maafkan saya, sekali imbas saya ingin bertanya.
    apakah hukumnya bersalam seorang wanita(pekerja) dengan lelaki (majikan) atas dasar hormat kerana umur dan pangkatnya.
    sekadar ingin menambah ilmu.
    terima kasih.

    • Atas dasar hormat tidak boleh menghalalkan yang haram.
      Para sahabat wanita zaman Rasulullah lebih layak untuk menghormati rasulullah dan bersalam dengan baginda jika itu dizinkan.
      Namun mereka tidak melakukannya dan ini menunjukkan perbuatan itu haram.
      Wallahualam

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s